Friday, December 5, 2008

Diriku sebagai emcee

emcee?? Bila orang berkata tidak mudah menjadi emcee atau deejay atau dalam bahasa dbp sebagai pengacara majlis, aku mungkin mengatakan sebaliknya....bukanlah kerana beranggapan tugas menjadi emcee atau sebagai deejay semudah abc tetapi lebih kepada setiap kali bertambahnya undangan dan jemputan untuk aku meng'emcee' atau meng'deejay'kan diri ia adalah satu ruang untuk memperolehi pengalaman dan keseronokan baru dan seperti setiap orang lain yang mempunyai cinta dalam dunia kerjanya sendiri begitulah aku mahu dilihat sebagai seorang yang hendak menjadikan dunia emcee dan deejay majlis ini sebagai sesuatu yang professional sifatnya...

Setelah sekian lama, hari ini baru aku nak mula??

Hari ini baru aku nak mula? Kenapa harus ada tanda soal???

Barangkali ini ialah manifestasi diri dari tanda tanya dari semua orang untuk aku seorang...Yang realitinya tanda tanya itu terhasil dari cermin laku dan cermin kata dari aku seorang untuk tafsiran semua orang dan ....bukan barangkali tetapi permulaan untuk pasti tanda tanya itu seharusnya menjadi satu tanda seru kerana hari ini memang akan kembali bermula dan diharap apabila ternoktahnya semua ini ia akan berakhir sebagai legasi......

Selamat Datang untuk bersama-sama menyerikan kehidupan di dalam cermin diri aku untuk engkau kerana kita buat semua....yang hanya dari DIA...Selamat Datang...